Sejarah Trolak
Bermula dengan pembukaan tanah rancangan pertama iaitu Tanah Rancangan Ijok pada tahun 1960 dengan keluasan 2778.25 hektar. Wilayah Trolak tertumpu kepada empat gugusan iaitu Hulu Perak, Trolak, Besout dan Hulu Selangor.
Sebanyak 21 buah rancangan berpeneroka ditadbir oleh wilayah ini iaitu Lawin Utara, Lawin Selatan, Nenering, Bersia, Papulut, Ijok, Lasah, Sg Klah, Trolak Utara, Trolak Selatan, Trolak Timur, Besout 1, Besout 2, Besout 3, Besout 4, Besout 5, Sg Behrang, Gedangsa, Seoharto, Sg Tengi dan Sg Tengi Selatan.
Sebelum wujudnya Wilayah Trolak seperti yang ada pada hari ini, rancangan-rancangan FELDA dari Selangor, Perak, Kedah dan Perlis telah diletakkan dibawah pentadbiran Wilayah Perak, Selangor, Kedah dan Perlis yang berpusat di Ipoh. Kemudian Wilayah ini telah ditukar nama kepada Kawasan Utara yang masih merangkumi kawasan yang sama. Selepas itu sekali lagi nama telah ditukar kepada Wilayah Ipoh. Apabila Wilayah Ipoh ditutup, kawasan pentadbiran telah dipecah kepada dua bahagian iaitu WIlayah Trolak dan Alor Star. Kawasan yang merangkumi Wilayah Trolak adalah negeri Perak dan Selangor seperti yang ada pada hari ini.
