PROGRAM CASHLESS SOCIETY NADI FELDA TROLAK UTARA – BERAKHIR DENGAN GEMILANG!
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Trolak Utara
Rabu, 16 April 2025
9.00 pagi – 4.00 petang
Seramai **170 orang pengunjung** telah hadir memeriahkan program ini!
Alhamdulillah, Program Cashless Society telah berlangsung dengan penuh kemeriahan serta sambutan hangat daripada komuniti setempat! Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang hadir dan menjayakan penganjuran program ini.
Antara aktiviti menarik sepanjang hari:
Pemeriksaan kesihatan percuma & pendaftaran ahli NADI
Pameran agensi terlibat (Cashless, Touch ‘N Go, Setel, Bank Islam, Bank Negara Malaysia)
Pameran agensi jemputan (KWSP, PTPTN, LHDN, Tabung Haji, Agro Bank)
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (Kategori Bawah 7 Tahun)
Pertandingan Mewarna Terbuka Dewasa
Pertandingan Lipat Kain Terpantas & Kemas (Terbuka)
Pertandingan Gubahan Kain Batik (Terbuka)
Gerai jualan usahawan tempatan
Cabutan bertuah
Jualan Rahmah Madani
Pop Kuiz Raya
**Tahniah** diucapkan kepada semua pemenang pertandingan dan cabutan bertuah – anda memang terbaik!
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik, agensi terlibat, para usahawan serta sukarelawan yang membantu secara langsung dan tidak langsung. Sokongan anda amatlah dihargai.
Ayuh kita terus amalkan gaya hidup tanpa tunai dan tingkatkan celik digital demi masa depan yang lebih efisien, selamat dan mesra teknologi.
Jumpa lagi di program akan datang!


