Di sekitar Daerah Batang Padang, terdapat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi dan dijadikan tempat beriadah bersama keluarga antaranya ialah;
SUNGAI KLAH HOT SPRING PARK
Kolam Air Panas Sungai Klah terasa seperti sebuah taman tema air mini lengkap dengan kawasan air panas semulajadi yang sangat menyeronokkan. Terletak di dalam kawasan Felda Residence, kawasan kolam air panas ini bukan sahaja terbuka untuk tetamu Felda Residence Hot Spring, tetapi juga kepada mereka yang tidak menginap di Felda Residence ini. Waktu operasi 8.00 pagi – 6.00 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan;
- Kolam dengan gelongsor
- Kolam khas untuk kanak-kanak
- Merebus telur
- Berendam kolam air panas
- Berehat private jacuzzi
- Refleksologi kaki & facial algae
- Mini zoo
Harga tiket masuk & Mini Zoo
- Dewasa : RM25.00
- Kanak-kanak: RM22.00
- Warga emas: RM18.00
LINK LOCATION KLIK DISINI
LATA ISKANDAR
Air terjun Lata Iskandar merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Lata Iskandar terletak berhampiran dengan Tapah, Batang Padang, Perak.
LINK LOCATION KLIK DISINI
TAMAN TASIK EMBAYU PROTON CITY
Tasik Embayu Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Tanjong Malim. Taman Tasik Embayu terletak di kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini. Taman Tasik Embayu terletak di lokasi Bandar Proton.
Ia merupakan tasik buatan dan dilengkapi dengan perbagai kemudahan yang moden dan terkini untuk kemudahan rekreasi pengunjung. Ditaman tasik ini juga telah disediakan pelbagai kemudahan rekreasi untuk kemudahan semua golongan.
LINK LOCATION KLIK DISINI