mcmc
Aktiviti Semasa

NADI SAFE & SHIELD X NEWSLETTER PENGANTUNAN DALAM TALIAN

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera NADI,

[ MAKLUMAN NADI SAFE & SHIELD ] 
NEWSLETTER PENGANTUNAN DALAM TALIAN

Apa Itu Pengantunan Dalam Talian?
Pengantunan dalam talian adalah taktik individu berniat jahat untuk memperdaya kanak-kanak atau remaja dengan tujuan eksploitasi seperti pemerasan atau penderaan.

Bahaya Pengantunan Dalam Talian:
✅Boleh menyebabkan penderaan fizikal dan emosi.
✅Mengakibatkan trauma jangka panjang.
✅Berisiko menjadi mangsa pemerasan dan eksploitasi seksual.

Tanda-Tanda Pengantunan Dalam Talian:
✅Individu tidak dikenali mendekati secara tiba-tiba.
✅Meminta maklumat peribadi atau gambar.
✅Memberi hadiah atau pujian secara berlebihan.
✅Mengajak berkomunikasi secara rahsia.
✅Menggunakan ugutan atau pemerasan.

Cara Mencegah Pengantunan Dalam Talian:
✅Jangan kongsi maklumat peribadi.
✅Berhati-hati dengan individu mencurigakan.
✅Gunakan privasi media sosial dengan betul.
✅Berbincang dengan ibu bapa atau orang dewasa yang dipercayai.
✅Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa, LAPORKAN SEGERA!
Talian Kasih 15999

Pertanyaan lanjut:
+6016-2698542 / sosafeshield@creativecentury.my.onmicrosoft.com

Jangan biarkan diri anda atau orang tersayang menjadi mangsa! 

#KeselamatanSiber #StopGrooming #JanganTertipu