MAKLUMAT NADI
PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
NADI FELDA Trolak Utara menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna. Antara latihan yang disediakan ialah :
- Pengenalan asas komputer – software & hardware, Word, Powerpoint, Excel dll.
- Asas internet – Emel, Blog, WordPress dll.
- Latihan keusahawanan – kelas pemasaran, online shop dll.
- E-pembelajaran – kuiz, educational online games e.g kahoot!
- STEM-IoT – asas robotik, asas IoT dll.
- Soft skills – Kelas grooming, kelas resume, kelas kemahiran temuduga dll.
NADI juga menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotokopi, laminate dan menyediakan zon internet tanpa wayar (wifi zon). Selain itu, NADI juga menawarkan program ICT bersama komuniti untuk pelbagai lapisan masyarakat.
KENALI PETUGAS NADI TROLAK UTARA
PENGURUS